Waktu Solat

Selasa, 9 Julai 2013

Sumbangan Derma untuk Surau Baru SMAP Labu

Assalamualaikum wm wbt,

Sejak tahun 2004, kami telah menggerakan inisiatif untuk membantu pihak Sekolah dan PIBG SMAP Labu untuk mendapatkan dana bagi mendirikan surau baru di sekolah. Antara sebab utama surau ini perlu diperbaharui ialah untuk menampung kapasiti pelajar yang berjumlah melebihi 1000 orang pada setiap tahun untuk bersolat berjemaah terutama ketika bulan Ramadhan dan juga ketika majlis-majlis utama di sekolah.

Disebabkan saiz surau sekarang yang kecil dan tidak menampung jumlah tersebut, adalah menjadi kewajaran untuk kami membantu agar sumbangan berupa derma dan bantuan lain agar impian pihak sekolah akan menjadi kenyataan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program sumbangan ini, boleh rujuk Page kami disini.

Juga ada beberapa blogger di kalangan alumni sekolah yang mengutarakan posting mereka, antaranya boleh rujuk disini, disini dan disini.

Kami mengharapkan sumbangan berterusan daripada semua pengunjung, semoga sumbangan anda diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan