Waktu Solat

Dana Surau Baru SMAP Labu


1.0 Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, aliran agama Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Al-Mustaqim. Surau ini tidak dapat menampung semua pelajar untuk berjemaah menunaikan solat di samping aktiviti keagamaan yang dijalankan. Berbagai- bagai cadangan telah dibuat untuk menaik taraf surau ini. Di atas keperihatinan pihak sekolah dan PIBG maka harapan ini digarap bersama-sama usaha mampan dan proaktif untuk merealisasikan impian semua warga SMAPL.
Suasana surau sekarang
Cadangan pembangunan untuk mendirikan sebuah surau baru menggantikan surau Al-Mustaqim adalah melaui dana yang dikumpul melalui konsep wakaf sama ada daripada individu ataupun organisasi. Usaha ini juga diharap akan mendapat pengiktirafan rasmi dan bantuan pihak kerajaan dalam bentuk kewangan, material atau kemudahan prosedur.
Pelajar terpaksa solat di Dataran Sekolah
Apabila hujan, terpaksa solat di Dewan Besar pula
 Diharapkan pembinaan surau yang lengkap dengan prasarana ini akan dapat berfungsi sebagai pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di SMAPL selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain menjadi pusat ibadat secara khusus.

2.0 Rasional

  1. SMAP Labu memerlukan surau setaraf dengan sekolah berasrama penuh yang lain.
  2. Surau Al-Mustaqim hanya dapat menampung kira-kira 400 orang jemaah berbanding dengan jumlah keperluan yang hampir 1000 orang.
  3. Mengatasi masalah menjalankan aktiviti keagamaan yang dijalankan secara berasingan antara pelajar putera dengan puteri kerana keadaan fizikal yang kecil dan sempit.
  4. Menampung keperluan ruang bagi menjalankan program keagamaan sekolah seperti solat hajat, solat tarawih, bacaan yasin, ceramah bulanan dan sebagainya yang selama ini dijalankan di Dewan Bestari atau di tapak / dataran perhimpunan sekolah.
  5. Memartabatkan SMAPL sebagai sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama dengan menjadikan surau sebagai mercu tanda.

3.0 Objektif

  1. Mendirikan solat lima waktu secara berjemaah dalam kalangan semua pelajar putera dan puteri selaras dengan program SAQSI (Satu Qiblat Satu Imam).
  2. Menjalankan aktiviti keagaamaan untuk semua pelajar putera dan puteri secara serentak.
  3. Menjadikan tempat menunaikan solat jumaat lebih selesa.
  4. Menampung bilangan jemaah warga SMAPL mendirikan solat Jumaat yang terdiri daripada para pelajar, guru, staf sokongan, pekerja, ahli keluarga warden dan para penjaga.
  5. Menjalankan kelas fardu ain dan kelas amali Pendidikan Islam.
  6. Menjalankan kursus-kursus sepert kursus Imam, Bilal, Khatib Jumaat, pengurusan jenazah, naqib dan naqibah dan sebagainya.
  7. Memberi keselesaan kepada ibu bapa dan penjaga mendirikan solat apabila menziarahi anak-anak mereka.
  8. Melaksanakan program perdana sekolah bersama ibu bapa seperti bacaan yasin dan solat hajat.
  9. Dapat melaksanakan program perdana yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh, Ihtifal SMKA dan sebagainya dengan lebih efisien.
  10. Menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
4.0 Konsep Kesenibinaan

Adalah menjadi hasrat pihak sekolah menjadikan surau baru ini sebagai tempat beribadah yang selesa yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas bagi kegunaan para pelajar dan seluruh warga sekolah serta menjadikan ia suatu mercutanda bagi melambangkan keagungan dan kesucian agama Islam.


Keagungan dan kesucian agama Islam dapat dizahirkan secara simbolik dalam aspek kesenibinaan, antaranya :

Warna Putih : melambangkan kesucian agama Islam.
Rupabentuk : senibina kontemporary dan simple melambangkan agama Islam yang bersifat mudah (simple) dan universal.
Hiasan Geometri : perancangan yang teliti, tertib serta kesungguhan
Arca : kehalusan, keikhlasan budi pekerti dan ketegasan
Mukarnas : kehalusan jiwa serta kesabaran
Pancutan Air : keindahan dan ketenangan.

5.0 Tapak Cadangan

Tapak surau baru dua tingkat yang dicadangkan ini terletak di atas tapak surau sediada yang mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 0.8 ekar. Kedudukannya yang strategik dan terletak di atas kawasan tinggi serta di apit oleh bangunan sekolah dan asrama. Ianya bersebelahan dengan jalan utama yang akan membolehkan surau tersebut menjadi "focal point" dan mercu tanda bagi SMAP Labu.

6.0 Kemudahan

Surau dua tingkat ini dibangunkan dengan anggaran kos sebanyak RM 2.5 juta beserta prasarana dengan kapasiti maksimum 1000 orang jemaah. Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaDewan Sembahyang Utama : bertempat ditingkat bawah boleh menampung 500 orang jemaah.
· Dewan Sembahyang (Lantai Mezanine) : bertempat di tingkat atas boleh menampung 500 orang jemaah.
· Ruang Mimbar : Dihiasi ukiran mukarnas serta ayat-ayat suci Al Quran.
· Mehrab Imam : 900mm tinggi dari paras lantai.
· Bilik Imam : untuk kegunaan imam sebelum dan selepas solat & khutbah.
· Bilik PA Sistem : menempatkan peralatan sistem pembesar suara.
· Bilik Musyawarah/ Perpustakaan : untuk kegunaan JK bermesyuarat dan bilik bacaan.
· Tandas Lelaki dan Perempuan : ditempatkan dibahagian belakang dan tidak sebumbung dengan dewan sembahyang.
· Ruang Berwuduk : terletak di kawasan lapang bahagian belakang surau.
· Wakaf : tempat beristirehat
· Kabinet "Built – in" : untuk menyimpan al Quran.
· Pancutan Air : bertempat di pintu masuk utama.
· Dataran : laluan pejalan kaki jubin bercorak dan dihiasi pokok-pokok.
· Stor : tempat menyimpan keperluan surau.
· Kerja-Kerja Lanskap : lembut dan keras.

7.0 Sumber Dana Pembangunan

7.1 Sumber dana
7.1.1 Dana khas PIBG iaitu Dana Surau berjumlah RM 35,000.00.
7.1.2 Derma orang ramai dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
7.1.3 Wakaf Individu dan Organisasi.
7.1.4 Kutipan daripada Persatuan Bekas Pelajar (IKMAL).

12.0 Anggaran Perbelanjaan

RM 2,500,000.00

13.0 Harapan

Adalah diharapkan cadangan membina surau baru ini akan dapat dilaksanakan demi membina genarasi pelajar yang seimbang dari segi rohani dan intelek serta mampu memartabatkan agama Islam yang tercinta.

CARA SUMBANGAN
Pihak kami menerima segala sumbangan dan jualan wakaf dalam bentuk cek @ wang tunai.
  1. Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU BARU SMAP LABU dan dihantar ke alamat SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN, KM 11, Jalan Labu, 71900 LABU, Negeri Sembilan Darul Khusus .
    Tel: 06 - 7912245 Fax: 06 - 7912198 atau
  2. Manakala dalam bentuk wang tunai boleh dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM yang bernombor 05-012-01-006384-5 atau 
  3. Diserahkan kepada bendahari. (Ustazah Salwa bt Sheikh Ahmad).

Hubungi:
Dr. Wn Azhar Wan Ahmad - H/P 019-2644496 (Pengerusi)
Ust. Mohd Nasaruddin Mohd Hassim - H/P 0136306951 (Setiausaha)
Ustz. Salwa Sheikh Ahmad - H/P 019-3514437 (Bendahari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan