Waktu Solat

Isnin, 22 Februari 2016

Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL kali ke 13



Rujukan IKMAL/2016/02/05
Tarikh : 5 Februari 2016
  
Ahli –Ahli Alumni
Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) &
Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (SMAP)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YB/YBhg./YM/Tuan / Puan / Encik / Cik

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IKMAL KALI KE-13
Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13 Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (IKMAL) akan diadakan seperti berikut:

 Tarikh : 12 Mac 2016
 Hari : Sabtu
 Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengahari
 Tempat : Bilik Unit Teknologi Pendidikan (UTP), Sek Men Agama Persekutuan, Batu 7 ½, 71900 Labu Negeri Sembilan

AGENDA
1.     Ucapan  Aluan Presiden IKMAL
2.     Ucapan Aluan Penaung IKMAL
3.     Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 12
4.     Pembentangan Laporan  Aktiviti Bagi Tahun 2015
5.     Pembentangan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015
6.     Pembentangan dan Perbahasan Usul
7.     Ucapan Penangguhan


Diharapkan agar ramai ahli alumni dapat hadir untuk memeriahkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL pada tahun ini.

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi sdr Ahmad Zaki SPM ’90 (019-2170789),sdr Fadhal SPM‘95 (019-2628759) sdri Nor Adni SPM’88 (013-3410323) dan sdr Chairil SPM ’03 (017-3000394). 

Sekian dimaklumkan, Wassalam

Yang Menjalankan Amanah,











MOHAMMAD CHAIRIL ANWAR BIN SHUAIB

Setiausaha Agung IKMAL

Jumaat, 13 September 2013

IKMAL Fundraising Iftar 2013 / 1434H

Assalamualaikum wm wbt,

Pada 27 Julai 2013 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1434H, Alumni SMAP Labu (IKMAL) telah menganjurkan satu program Fund Raising Iftar bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara bagi mengutip derma untuk membangunkan surau sedia ada di SMAP Labu. Antara tujuan lain program ini ialah untuk meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) Jalan Ampang. Seramai lebih kurang 26 orang dari RABEKA telah hadir program ini termasuk guru-guru pengiring mereka.




Di dalam majlis ini, turut diumumkan sumbangan yang telah terkumpul dan juga pembentangan pelan baru Surau SMAP Labu yang akan mula dibina, Insya Allah bermula tahun hadapan. Setakat penulisan hari ini, jumlah derma yang dikumpulkan sepanjang bulan Ramadhan telah mencecah RM125 ribu ringgit. Dan IKMAL masih mendapat sumbangan yang tidak putus-putus daripada rakan-rakan alumni dan orang ramai.
Kepada mereka yang telah menyumbang, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesudiaan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah dapat membalas ganjaran yang setimpal di dunia dan akhirat.

Dilampirkan gambar-gambar program yang telah dijalankan:
 Goodies dari Nurgift




Ucapan -Ucapan
Pengerusi Majlis, Hazwan Hashim
Bacaan Doa, Mohd Fadhal
Presiden IKMAL, Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i
Setiausaha Agung merangkap Penganjur Program, Chairil Anwar
Pembentangan Pelan Surau oleh Arkitek saudara Fuad Ahmad



Majlis Penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim RABEKA





Gambar-gambar kenangan








Khamis, 25 Julai 2013

Sambutan 30 Tahun SMAP Labu (1982-2012)


PENDAHULUAN

Selama 30 Tahun, bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) pada tahun 1982 yang kemudiannya dikenali Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (SMAP Labu) berbagai kejayaan dan kegemilangan telah dilakar. Berpaksikan kepada nilai-nilai keagamaan tanpa melupakan elemen sains dan teknologi, SMAP Labu telah berjaya melahirkan ramai teknokrat Islam atau yang boleh disingkap sebagai golongan intelektual ulama. Suasana Iklim Dini yang diserapkan dalam segenap kehidupan warga SMAP Labu menjadi aspirasi untuk menggarap usaha melahirkan insan  kamil yang berjaya di dunia dan juga akhirat.

Bersempena dengan itu, sambutan 30 Tahun SMAP Labu dicanangkan untuk meraikan seterusnya menyaksikan kesinambungan berterusan tradisi kecemerlangan dan kegemilangan ini. Sambutan ini juga dilihat mampu menjadi wadah menghimpunankan kembali sebilangan bekas pelajar yang pernah menuntut di sekolah ini.

Di atas usaha itu juga, Alumni SMAP Labu (IKMAL) mengambil peluang untuk mengemukakan cadangan dan input untuk perlaksanaan Sambutan 30 Tahun ini. Moga-moga usaha yang sedikit mampu mendatangkan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalm sambutan ini selain diberkati Allah SWT.
  

OBJEKTIF

  1.  Meraikan kecemerlangan dan kegemilangan yang telah dilakar oleh warga SMAP Labu hasil usaha bersepadu guru-guru dan ibu bapa sejak penubuhannya 30 Tahun yang lalu.
  2. Meneruskan dan mengembalikan tradisi gemilang yang berpaksikan kepada Iklim Dini yang dikecapi oleh SMAP Labu sebagai sebuah sekolah agama berasrama penuh yang ulung di Malaysia.
  3. Merapatkan sillaturahim antara bekas pelajar dan bekas guru dengan warga SMAP Labu sedia ada. Tidak lupa juga meraikan ibu bapa yang telah banyak membantu pihak sekolah.
  4.  Merapatkan sillaturahim dengan masyarakat setempat yang turut sama sikit sebanyak membantu membina persekitaran SMAP Labu selama ini.
  5.  Membina pertalian rapat antara pihak Pentadbiran SMAP Labu, PIBG SMAP Labu dan IKMAL.



PRA-SAMBUTAN 30 TAHUN 

FUTSALABU 201220 October 2012
Sport Planet Subang

BOWLABU 201221 October 2012
Alamanda, Putrajaya

PROGRAM KORBAN - 28 October 2012
Kawasan Rumah Pengetua SMAP Labu

FORUM BICARA AD-DIN  - 1 November 2012
Dewan Seri Bestari


SAMBUTAN 30 TAHUN

SABTU 3 NOV
  1. Fun Treasure Hunt - Back to School SMAWiP PJ – SMAP Labu 
  2. Car Boot Sale 
  3. Pameran 
  4. Permainan - Bola Keranjang & Bola Tampar
  5. Majlis Penyampaian Hadiah untuk Treasure Hunt , Pertandingan dll 
Antara gambar-gambar menarik sekitar program:
Kaunter pendaftaran






Bersama Cikgu Ainah Hayati


Bersama Puan Pengetua Cemerlang




Terima kasih kepada pihak sekolah & PIBG, barisan penganjur dan semua yang terlibat. Syabas dan Tahniah!!