Program ini adalah
antara siri program yang disusun bagi mengisi agenda sambutan 30 tahun SMAP
Labu.
Ia telah dirancang
seperti ketetapan tertera di bawah:
Tarikh : 28 Oktober 2012
Masa : 8:00 pagi hingga 2:00 petang
Tempat: Perkarangan Rumah Pengetua
Masa : 8:00 pagi hingga 2:00 petang
Tempat: Perkarangan Rumah Pengetua
Setiap program yang dirancang selalunya mempunyai sasaran dan objektif yang tertentu. Antara sasaran dan objektif Program Ibadah Korban dan Tahlil Arwah adalah seperti berikut:
1.
Dapat mengadakan suatu majlis bersempena
Hari Raya Aidil Adha iaitu ibadah korban untuk ahli alumni yang berhajat;
2.
Dapat mengadakan majlis tahlil bagi arwah bekas
pelajar dan bekas guru yang telah kembali ke Rahmatullah;
3.
Dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama ahli alumni, PIBG dan pihak sekolah;
4. Dapat mendedahkan ahli alumni
kerja-kerja berkaitan korban, melapah , dan lain-lain aktiviti yang
berkaitan serta meningkatkan semangat
gotong-royong.
Bagi
Program yang julung kali diadakan, kami telah mensasarkan korban 2 ekor lembu.
Pihak yang telah bersetuju menyertai ibadah yang mulia ini terdiri daripada
kalangan ahli alumni, PIBG dan waris-waris daripada kalangan guru-guru SMAP.
HARI
PERLAKSANAAN
![]() |
Akad korban |
Pada
hari yang telah ditetapkan, Program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan
Exco dan ahli IKMAL,wakil daripada PIBG para guru dan pelajar-pelajar.
![]() |
Cikgu Abdull Samat & Cikgu Razak turut serta membantu |
Program
bermula sekitar pukul 9 pagi didahului dengan acara menyembelih 2 ekor lembu diikuti
dengan aktiviti mengulit, melapah, membahagikan daging untuk pihak yang
berkorban, untuk pihak sekolah dan akhirnya untuk majlis tahlil.
![]() |
Dari kiri: Presiden, Bendahari, Timbalan Presiden dan Pengerusi PIBG, En Kamaruzaman |
Petugas-petugas
untuk Program telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti semasa Program
berjalan. Daging-daging korban akhirnya dapat diagihkan seperti dirancang iaitu
diserahkan kepada pihak sekolah, para petugas,para individu yang berkorban dan sedikit bahagian daging diambil untuk
persediaan makan tengahari kepada petugas Program.
Program
berakhir dengan sedikit doa selamat dan makan tengahari.
Program berakhir sekitar pukul 3.00 petang.
Laporan disediakan oleh:
Nur Syamiza Binti Zainal Abidin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan