Waktu Solat

Khamis, 25 Julai 2013

FutsaLabu ke 5 (2012)



Kejohanan FutsaLabu kali ke 5 ini adalah bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke 30 SMAP Labu. Ia telah dijalankan pada 20 Oktober 2012 bertempat di The Challenger Sport Centre, Kepong.
Seramai lebih kurang 16 pasukan telah mengambil bahagian.

Yang lebih menarik, Juara bagi kejohanan edisi ke 5 kali ini disandang oleh batch abang-abang yang paling senior iaitu batch SPM1990. Adik-adik memang tak boleh lawan abang senior :)

Antara gambar-gambar menarik sekitar kejohanan ini:
3 Generasi
Batch SPM2003
Batch SPM2001
Barisan pengadil tengah berbincang strategi




Juara - Batch SPM1990
Tahniah dan terima kasih kepada yang mengambil bahagian

Program Korban Sempena 30 Tahun SMAP Labu

 
Program ini adalah antara siri program yang disusun bagi mengisi agenda sambutan 30 tahun SMAP Labu.
Ia telah dirancang seperti ketetapan tertera di bawah:
Tarikh :          28 Oktober 2012
Masa :             8:00 pagi hingga 2:00 petang
Tempat:         Perkarangan Rumah Pengetua

Setiap program yang dirancang selalunya mempunyai sasaran dan objektif yang tertentu. Antara sasaran dan objektif Program Ibadah Korban dan Tahlil Arwah adalah seperti berikut:
1.         Dapat mengadakan suatu majlis bersempena Hari Raya Aidil Adha iaitu ibadah korban untuk ahli alumni yang berhajat;
2.         Dapat  mengadakan majlis tahlil bagi arwah bekas pelajar dan bekas guru yang telah kembali ke Rahmatullah;
3.         Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli alumni, PIBG dan pihak       sekolah;
4.         Dapat mendedahkan ahli alumni kerja-kerja berkaitan korban, melapah , dan lain-lain aktiviti yang berkaitan  serta meningkatkan semangat gotong-royong.

Bagi Program yang julung kali diadakan, kami telah mensasarkan korban 2 ekor lembu. Pihak yang telah bersetuju menyertai ibadah yang mulia ini terdiri daripada kalangan ahli alumni, PIBG dan waris-waris daripada kalangan guru-guru SMAP.

HARI PERLAKSANAAN
Akad korban
Pada hari yang telah ditetapkan, Program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan Exco dan ahli IKMAL,wakil daripada PIBG para guru dan pelajar-pelajar.
Cikgu Abdull Samat & Cikgu Razak turut serta membantu
Program bermula sekitar pukul 9 pagi didahului dengan acara menyembelih 2 ekor lembu diikuti dengan aktiviti mengulit, melapah, membahagikan daging untuk pihak yang berkorban, untuk pihak sekolah dan akhirnya untuk  majlis tahlil.
Dari kiri: Presiden, Bendahari, Timbalan Presiden dan Pengerusi PIBG, En Kamaruzaman
Petugas-petugas untuk Program telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti semasa Program berjalan. Daging-daging korban akhirnya dapat diagihkan seperti dirancang iaitu diserahkan kepada pihak sekolah, para petugas,para individu yang berkorban  dan sedikit bahagian daging diambil untuk persediaan makan tengahari kepada petugas Program.

Program berakhir dengan sedikit doa selamat dan makan tengahari.

Program berakhir sekitar pukul 3.00 petang.

Laporan disediakan oleh:

Nur Syamiza Binti Zainal Abidin

Rabu, 3 Julai 2013

Selamat Datang

Assalamualaikum wm wbt,

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan Ilahi.

Terima kasih sekali lagi